|
Written by asiamind
|
|
Wednesday, 10 September 2008 04:02 |
|
Multi Level Marketing atau MLM merupakan permasaran berperingkat ataupun boleh dikategorikan sebagai jualan langsung. Di Malaysia, antara syarikat yang telah menggunakan sistem MLM ini sebagai sistem & strategi perniagaan mereka adalah seperti Sure Return Corporation (SURECO), HLM Network Corporation (HLM), Menara Harmoni Sdn Bhd, HPA Industries (HPA) & beberapa buah lagi syarikat yang tersohor. Syarikat- syarikat yang berminat untuk menjalankan perniagaan jualan langsung perlulah memohon lesen mengikut keperluan Akta Jualan Langsung 1993 dan Peraturan-peraturan Jualan Langsung 1993. Garis panduan ini juga mengandungi kriteria-kriteria yang boleh dijadikan panduan semasa mengemukakan permohonan lesen perniagaan jualan langsung dan tatacara lain untuk pelbagai permohonan di sepanjang tempoh pelesenan. Namun begitu, kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan jualan langsung adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu memahami secara jelas AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AJL 93). Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung iaitu Berbilang Tingkat (Multilevel Marketing Plan), Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan) dan jualan melalui Pos. Di bawah Multilevel Marketing Plan syarikat akan mengambi atau melantik individu sebagai ahli atau pengedar untuk mengedar barangan syarikat dan ahli atau pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli atau pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah. Setiap ahli atau pengedar akan mendapat komisen atau bonus atau insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus). Ramai yang berpendapat bahawa menyertai perniagaan jualan langsung MLM merupakan asas pertama ke arah kejayaan namun ada yang beranggapan sebaliknya. Walaubagaimana pun ramai yang telah menyertai MLM, namun tidak semua yang betul-betul berjaya. Hal ini mungkin disebabkan oleh kesilapan orang atasan atau lebih dikenali dengan istilah ”upline” yang tidak menunjukkan pelan strategi dan pemasaran dengan betul dan berkesan. Memahami konsep MLM sangat penting kerana peserta yang mengikuti perniagaan ini berpandukan pelan strategi tersebut. Upline perlulah memberikan komitemen dan tunjuk ajar yang berkesan kepada orang bawahan mereka supaya mereka mampu memulakan perniagaan tersebut berpandukan konsep strategi yang diterangkan. Sebagai orang bawahan atau ”downline”, mereka perlulah memahami konsep yang digunakan bagi mengelakkan mereka menanggung kerugian sebaliknya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebagai orang baru, downline perlulah bijak menguasai dan mencari pasaran serta downline yang baru bagi membolehkan mereka mendapatkan keuntungan dengan mudah tanpa perlu bersusah payah. Ramai yang ingin menceburi MLM adalah disebabkan ingin mencari sumber pendapatan tambahan dan ingin mempunyai lebih masa untuk keluarga, mempunyai wang yang cukup untuk membiayai pelajaran anak-anak dan membawa mereka bercuti dan sebagainya. |
|
Last Updated ( Wednesday, 10 September 2008 04:29 )
|